SEBATIAN KARBON
- Oct 8, 2016
- 1 min read
Sebatian Karbon
Sebatian karbon (carbon compounds) merupakan sebatian yang mengandungi unsur karbon sebagai unsur juzuknya (constituents).
Hampir semua makanan merupakan sebatian karbon, misalnya karbohidrat, protein, lemak, dan vitamin.
Sebatian karbon dikelaskan kepada:
Sebatian organik (organic compound)
Sebatian tak organik (inorganic compound)
Sebatian organik merupakan sebatian karbon yang berasal daripada haiwan dan tumbuhan. Contohnya: Petroleum dan gas asli yang mempunyai unsur juzuk karbon dan hidrogen. Kanji, alkohol, gula, dan lemak yang mempunyai unsur juzuk karbon, hidrogen dan oksigen.
Sebatian tak organik merupakan sebatian yang bukan berasal daripada hidupan.
Walaupun hampir semua sebatian karbon dikelaskan sebagai sebatian organik, sebatian karbon yang berikut tergolong dalam kumpulan sebatian tak organik:
Karbon monoksida, CO
Karbon dioksida, CO2
Karbon disulfida, CS2
Sebatian karbonat dan bikarbonat: kalsium karbonat, CaCO3, dan natrium bikarbonat, NaHCO3.
Sebatian karbida (carbide): kalsium karbida, Ca2C.
Sebatian sianat (cyanate) dan tiosianat (thiocyanate): natrium sianat, NaCN, dan natrium tiosianat, NaSCN
Sebatian organik
Semua sebatian karbon adalah organik kecuali
CO, CS2, Sebatian karbonat, CO32-, dan bikarbonat, HCO3- ,Sebatian sianida (cyanide), CN-, dan tiosianat, SCN-, Sebatian karbida, C4-
Semua sebatian organik terbakar dengan lengkap dalam bekalan gas oksigen yang berlebihan untuk menghasilkan gas karbon dioksida dan air sahaja.
Sebatian organik terbakar dengan tidak lengkap dalam bekalan gas oksigen yang terhad untuk menghasilkan campuran jelaga (karbon), karbon monoksida, karbon dioksida, dan air.
Sebatian bukan organik
Batu batan seperti sebatian silikat (silicate).
Bijih logam seperti kasiterit.
Asid mineral seperti asid sulfurik.







Comments